Wn/ms/Rusuhan berlarutan, Presiden Perancis Emmanuel Macron ke New Caledonia

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Rusuhan berlarutan, Presiden Perancis Emmanuel Macron ke New Caledonia

22 Mei 2024 (Rabu)

Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan membuat lawatan ke New Caledonia lewat Selasa, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap kerajaan, Prisca Thevenot.

New Caledonia.
Imej: iezalel williams.

Ini setelah rusuhan yang tercetus di kepulauan Pasifik itu, mengorbankan enam nyawa setakat ini. Rusuhan yang berlarutan lebih seminggu itu berpunca daripada rancangan Perancis untuk mengenakan peraturan baru berkaitan daftar pemilih yang memberikan hak pengundian kepada warga bukan peribumi dalam pilihanraya tempatan. Pemimpin tempatan percaya perubahan ini bakal melenyapkan pengaruh politik terutamanya bagi golongan Orang Asli Kanak.

Tiada maklumat terperinci tentang berapa lama beliau akan tinggal di pulau itu atau pengisian program sepanjang beliau berada di sana.

Pada Selasa, pihak berkuasa tempatan berkata lebih kurang 400 buah kedai dan perniagaan telah rosak, kebanyakkannya terbakar. Manakala sebanyak 21 buah pasaraya telah dibuka kembali dan bekalan semakin pulih, Selain itu, polis juga telah memberkas seramai 270 orang yang disyaki melakukan rusuhan.

Angkatan tentera Perancis telah digerakkan ke New Caledonia bagi mengawal insiden rusuhan itu, serta melindungi bangunan-bangunan awam dan kerajaan daripada dimusnahkan.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini