Wn/ms/Rusia beri amaran kesan buruk jika Ukraine menggunakan senjata AS

< Wn | ms
Wn > ms > Rusia beri amaran kesan buruk jika Ukraine menggunakan senjata AS

5 Jun 2024 (Rabu)

Rencana ini merupakan rencana terjemahan.
Sila lihat rencana asal di Wikiberita bahasa Inggeris dengan tajuk "Russia warns United States against allowing cross-border strikes by Ukraine" dibawah Perlesenan Creative Commons Attribution 2.5.


Pada Isnin, Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa mereka bakal berdepan dengan "akibat yang tidak dapat dielakkan" berikutan keputusan AS membenarkan Ukraine menggunakan kelengkapan senjatanya untuk menyerang Rusia.

Itu merupakan tindak balas kepada pengumuman yang dibuat Antony Blinken, Setiausaha Negara Amerika Syarikat bahawa keizinan telah diberi kepada Ukraine untuk membuat serangan ke atas Rusia dalam wilayah Kharkiv. Pengumuman itu juga diikuti dengan tindakan Jerman yang memberikan keizinan kepada Ukraine menggunakan kelengkapan senjata mereka keesokan harinya.

Sergei Ryabkov berkata dia telah memberi "amaran kepada pemimpin Amerika terhadap sebarang kesilapan bakal memberikan kesan yang tidak dapat dielakkan". Dia juga menambah Presiden Rusia Vladimir Putin telah berulang kali memberikan "amaran yang sangat signifikan" mengenai keputusan AS itu.

Ryabkov menyarankan Amerika Syarikat untuk "menghabiskan masa mereka, di mana nampaknya mereka menghabiskan masa dalam bermain permainan video, berdasarkan pendekatan mereka yang agak bersederhana, dan mengkaji apa yang telah diberitahu dengan lebih terperinci oleh Putin."

Terdahulu, Putin mengisytiharkan jika Ukraine menggunakan kelengkapan senjata itu untuk menyerang di dalam kawasan Rusia, negara-negara Barat bakal berdepan dengan kesan buruk.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy menyatakan bahawa negaranya berterima kasih atas keputusan yang dibuat Amerika Syarikat, walaupun ia masih tidak mencukupi dan larangan yang dikenakan sekarang masih lagi memberi kesukaran kepada mereka yang sedang mempertahankan Ukraine.