Wn/ms/Program Melaka Bila Larut Malam ditunda untuk sambutan Maal Hijrah 1446H

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Program Melaka Bila Larut Malam ditunda untuk sambutan Maal Hijrah 1446H

2 Julai 2024 (Selasa)

Program Melaka Bila Larut Malam yang dilancarkan bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 untuk edisi Julai 2024 ditangguhkan kepada hari Sabtu minggu kedua, iaitu pada 13 Julai.

Masjid Kampung Keling pada waktu malam (2017)
Imej: Azuladnan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata penangguhan itu adalah untuk menghormati tarikh 1 Muharram 1446H yang jatuh pada Sabtu ini. "Kita mengadakan sambutan Maal Hijrah dan juga ceramah perdana daripada seorang penceramah terkemuka yang dijemput khas iaitu Ustaz Abdul Somad," katanya. "Ceramah ini akan diadakan pada 6 Julai di Stadium Hang Jebat."

Selain program ceramah perdana, Kerajaan Negeri Melaka juga menganjurkan program membaca doa akhir tahun dan awal tahun dalam menyambut ketibaan tahun baru mengikut kalendar Hijrah. Sambutan Maal Hijrah 1446H untuk tahun 2024 bertemakan "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

Untuk rekod, program Melaka Bila Larut Malam mula diperkenalkan pada April dan penganjuran kali pertama adalah pada Jun lalu. Program itu dijadualkan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan menawarkan keunikan tarikan pelancongan di Melaka yang dibuka sehingga larut malam, selain merancakkan ekonomi setempat apabila urusniaga dilanjutkan hingga pukul 2 pagi.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini