Wn/ms/Presiden Erdogan adakah pertemuan bersama dua anak Ismail Haniyeh

< Wn | ms
Wn > ms > Presiden Erdogan adakah pertemuan bersama dua anak Ismail Haniyeh

13 Ogos 2024 (Selasa)

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan bersama anak Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan di Tehran hujung bulan lalu di ibu kota, Istanbul pada Sabtu.

Abdusselam Haniyeh dan Hammam Haniyeh merupakan pelawat pertama yang mengunjungi Erdogan selepas beliau dipilih sebagai presiden menerusi pilihanraya baru-baru ini. Erdogan kemudian mengucapkan salam takziah atas kematian bapa mereka.

Pertemuan itu juga dihadiri Ibrahim Kalın, ketua Pertubuhan Perisikan Negara (MIT) dan ketua penasihat presiden, Sefer Turan.

Ismail Haniyeh telah dibunuh di kediamannya di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu, semasa dia berada di sana untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran baharu. Semasa hayatnya, Ismail kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain kerana ancaman yang diterima, selain bekerja keras melakukan rundingan diplomatik untuk menghentikan serangan Israel. Dia pernah tinggal di Turki sebelum tercetusnya Perang Israel-Palestin pada 2023.

Presiden Erdogan tidak menghadiri pengebumian Ismail di Qatar, namun diwakili Menteri Luar, Hakan Fidan. Beliau menggambarkan Ismail sebagai seorang yang berani dalam memperjuangkan cita-cita penamatan perang yang sudah berlanjutan dari hari ke hari. "Sesiapa yang mengenali Ismail Haniyeh atau pernah bekerja dengannya walaupun sedikit tentu tahu betapa beraninya dia dalam membela nasib rakyat Palestin," katanya dalam ucapan baru-baru ini.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini