Wn/ms/Presiden Columbia umumkan rundingan damai dengan pihak FARC

< Wn | ms
Wn > ms > Presiden Columbia umumkan rundingan damai dengan pihak FARC
Rencana ini merupakan rencana terjemahan.
Sila lihat rencana asal di Wikiberita bahasa Inggeris dengan tajuk "Colombian President announces peace talks with FARC rebels" dibawah Perlesenan Creative Commons Attribution 2.5.

30 Ogos 2012 (Khamis)

Gerila FARC berarak ketika rundingan damai 1998–2002.

BOGOTA 29 Ogos − Presiden Colombia, Juan Manuel Santos mengumumkan bahawa kerajaannya sedia berunding secara aman dengan kumpulan pemberontak Angkatan Tentera Revolusi Colombia (FARC) yang sentiasa bersengketa dengan kerajaan sejak tahun 1964. Menurut saluran media Telusur, rundingan tersebut akan diadakan di Oslo, Norway pada 5 Oktober dan kemudian diteruskan di Cuba.

Terdapat suatu pengiktirafan yang semakin meningkat di Colombia selepas berlakunya perang selama berdekad dan hanya satu perjanjian damai akan dapat membenarkan negara Colombia untuk maju ke hadapan. Ketua Pendakwaraya Colombia, Eduardo Montealegre memberi ulasan pada Isnin berkata negara "mesti bergerak ke proses keamanan" manakala menurut Daniel García-Peña, Pesuruhjaya Keamanan pada 1990-an pula berkata:

[...] Saya yakin bahawa pihak kerajaan dan pihak FARC kedua-duanya memahami bahawa peperangan yang berterusan tidak membawa erti langsung.

Pada bulan Februari yang lalu, pemberontak FARC telah berhenti melakukan aktiviti penculikan dan melepaskan tawanan mereka yang terdiri daripada bukan orang awam yang terakhir pada bulan April.

Rundingan sebelumnya antara kerajaan dan FARC gagal sepuluh tahun dahulu.

Sumber

edit
Kongsikan berita ini