23 Julai 2020 (Khamis)
Putrajaya - Pada sidang media yang berlangsung sekitar pada jam 12 tengah hari, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 29 Ogos ini ialah tarikh mengundi bagi PRK DUN Slim sementara tarikh mengundi awal pula pada 25 Ogos 2020. Tarikh penamaan calon pula adalah pada 15 Ogos 2020.
Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam, 28 Ogos nanti.
Kerusi DUN Slim River kosong apabila penyandangnya Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pada 15 Julai 2020 akibat serangan jantung.
Sumber
edit- "PRK DUN Slim 29 Ogos, penamaan calon 15 Ogos" — Berita Harian, 23 Julai 2020
- "ADUN Slim meninggal dunia" — Sinar Harian, 15 Julai 2020