28 September 2012 (Jumaat)
KATHMANDU 28 Sept. - Penerbangan Sita Air yang membawa 19 orang penumpang menuju ke Gunung Everest ketika hampir waktu fajar pada hari Jumaat terhempas di luar kawasan ibu negara Nepal, Kathmandu. Kemalangan itu dipercayai membunuh semua penumpang dalam penerbangan itu. Mereka terdiri daripada tujuh warganegara Britain, lima dari China dan tujuh orang Nepal.
Sebelum kejadian, kapal terbang milik Sita Air baru sahaja terbang keluar dari Kathmandu dan menuju ke bandar Lukla yang menjadi pintu masuk ke gunung tertinggi dunia. Kapal terbang itu kemudiannya menjunam ke tebing sungai yang berhampiran dengan lapangan terbang bandar pada waktu subuh.
Saksi yang menyaksikan kejadian kemalangan tersebut menyatakan bahawa mereka terdengar jeritan penumpang dan melihat api yang membakar salah satu daripada sayap pesawat sebelum ia mencecah tanah.
Menurut jurucakap polis, Binod Singh, beliau berkata kepada AFP:
“ | Kemalangan itu menyebabkan 12 orang warga asing maut iaitu tujuh pelancong British dan lima orang warga China. Baki tujuh orang lagi termasuk krew penerbangan pula adalah warga tempatan (Nepal). Tiada yang terselamat dalam kejadian terbabit. Para juruterbang seolah-olah telah cuba untuk mendarat dengan selamat di tebing sungai tetapi malangnya pesawat terbakar. | ” |
Jurucakap itu berkata lagi pesawat itu telah terhempas kurang daripada satu kilometer (setengah batu) dari lapangan terbang, pada sekitar 6:30 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia), yang berdekatan dengan sungai Manohara.
Pada bulan Mei yang lalu, 15 orang telah terbunuh apabila pesawat kecil milik syarikat penerbangan Agni Air membawa para pelancong itu ke lapangan terbang beraltitud tinggi yang berbahaya di kawasan gunung Annapurna.
Sumber
edit- (Inggeris) "Plane crashes near Kathmandu, killing all 19 on board" — France 24, 28 September 2012
- (Melayu) "Pesawat Terhempas, 19 Dipercayai Maut di Nepal" — mStar Online, 28 September 2012