16 Mei 2024 (Khamis)
Perth - Pesawat milik Qantas yang sedang membawa penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Perth di barat Australia pada Khamis. Pesawat QF2919 jenis Fokker 100 yang berlepas dari Lapangan Terbang Christmas Creek Mine di wilayah Pilbara melakukan pendaratan kecemasan apabila juruterbang QantasLink melaporkan terdapat masalah dengan tayar belakang pesawat semasa pesawat berada di udara.
Tiada penumpang yang cedera dalam insiden itu dan jurucakap Qantas menegaskan bahawa pesawat tidak melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat itu, yang dikendalikan oleh anak syarikat milik Qantas berlepas dari tapak perlombongan bijih besi milik Fortescue Metals pada pukul 11:11 pagi waktu tempatan dan sepatutnya mendarat pada pukul 12:55 tengahari waktu tempatan.
Jurucakap bagi Lapangan Terbang Perth mengatakan pesawat F100 itu telah dinilai dan diselenggara sebaik sahaja ia mendarat. "Juruterbang mengikut prosedur standard operasi dan pesawat berjaya mendarat dengan selamat," katanya lagi. "Pesawat akan diperiksa oleh jurutera sebelum dibenarkan beroperasi semula."
Sumber
edit- (Inggeris) James Dowling. "QantasLink flight from iron mine makes ‘priority landing’ with damaged wheel" — The Daily Telegraph, 16 Mei 2024
- (Inggeris) James Dowling. "QantasLink flight from iron mine makes ‘priority landing’ with damaged wheel" — news.com.au, 16 Mei 2024
- (Inggeris) "Qantas plane lands with bung tyre" — Yahoo! News, 16 Mei 2024