15 Julai 2024 (Isnin)
Projek pembangunan permainan video Crash Bandicoot 5 dilaporkan telah dibatalkan, dakwa salah seorang pembangun siri itu. Judul itu merupakan antara permainan video yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sejak kali terakhir permainan video Crash Bandicoot 4 diterbitkan secara rasmi pada 2020.
Pereka karakter dari permainan Crash Bandicoot 4: It's About Time, Nicholas Kole berkata permainan itu sedang dibangunkan sejak tiga tahun lalu dan ianya dibatalkan walaupun selepas banyak usaha dilakukan. "Program kami yang sepatutnya dibatalkan sejak tiga tahun lalu secara rasminya tidak lagi dibangunkan (usaha dalaman untuk menyelamatkannya juga gagal) dan larangan ke atas keseluruhan portfolio kini telah ditarik balik," katanya menerusi hantaran di laman sosial X.
"Bukan Spyro, tapi tak lama lagi semua akan mendapati Crash 5 tidak menjadi kenyataan dan ia mengecewakan."
Siri permainan Crash sebelum itu dibangunkan oleh studio Toys For Bob di bawah Activision. Selepas Microsoft mengumumkan pembelian Activision, studio itu kemudian menjadi bebas. Permainan Crash Team Rumble merupakan judul terakhir dibangunkan studio itu di bawah Activision.
Walaupun bebas, studio Toys For Bob masih lagi bekerjasama dengan Microsoft untuk permainan video akan datang.
Sumber
edit- (Inggeris) George Foster. " Crash 4 Designer Says The Crash 5 "That Never Was" Will Break Fans' Hearts " — TheGamer, 14 Julai 2024
- (Inggeris) Veronica Tucker. " Crash Bandicoot 5 Canceled, Toys for Pop Illustrator Reveals More " — Tech News Inc., 14 Julai 2024
- (Inggeris) Abiyan. " Crash Bandicoot 5 Cancelled After 3 Years of Work, Says Developer " — Tech4Gamers, 14 Julai 2024
- (Inggeris) Solomon Thompson. " Crash Bandicoot 5 Cancelled, Along with Project Dragon " — Goomba Stomp, 14 Julai 2024