6 Jun 2024 (Khamis)
Pelukis seni Perancis, Ben Vautier atau lebih dikenali sebagai Ben meninggal dunia dipercayai membunuh diri di kediamannya di Nice pada usia 88 tahun. Terdahulu, isteri mendiang Annie meninggal dunia akibat diserang strok pada usia 85 tahun, demikian menurut kenyataan dari keluarga mendiang pada Rabu.

Imej: Eva Vautier.
“Tak sanggup dan tak dapat hidup tanpa dia (Annie), Ben membunuh diri selepas beberapa jam di rumah mereka”, katanya.
Claire Ribero, Pengarah Pejabat Pendakwa Raya Umum Nice berkata mayat Vautier dijumpai di rumahnya dengan terdapat kesan "luka tembakan" pada kepalanya dan hipotesis awal mengatakan dia membunuh diri, berikutan kematian isteri mendiang sebelum itu. Tambahnya lagi, kertas siasatan sudah dibuka dan pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Ben Vautier dilahirkan pada 18 Julai 1935 di Naples dan hidup bersama ibunya selepas ibu bapanya bercerai. Pada umur 14 tahun, dia berpindah ke Nice dan menghabiskan hayatnya di sana.
Dia terlibat dengan gerakan Fluxus iaitu satu gerakan seni bebas yang menggunakan apa sahaja dan tidak tertakluk kepada satu disiplin seni. Karya seni Ben banyak dihasilkan menerusi lukisan berasaskan teks.
Sumber
edit- (Inggeris) Shahana Yasmin. " French artist Ben Vautier, 88, dies by suicide hours after wife’s death " — Independent, 6 Jun 2024
- (Inggeris) Aswany Omar. " French artist Ben dies aged 88, hours after wife’s death " — The Guardian, 6 Jun 2024
- (Inggeris) " Ben Vautier, Fluxus Artist, Dies at 88 " — ArtDependence, 6 Jun 2024
- (Inggeris) " Artist Benjamin Vautier has died " — Art Media Agency, 5 Jun 2024