Wn/ms/Pelancong warga Vietnam ditemui mati di sebuah hotel mewah di Bangkok

< Wn | ms
Wn > ms > Pelancong warga Vietnam ditemui mati di sebuah hotel mewah di Bangkok

16 Julai 2024 (Selasa)

BANGKOK - Sekurang-kurangnya enam pelancong warga Vietnam ditemui mati dalam sebuah hotel lima bintang di Bangkok pada Selasa, kata polis tempatan yang mengesahkan kejadian itu.

Stesen Polis Lumphini yang dihubungi pekerja hotel segera bertindak ke tempat kejadian di Hotel Grand Hyatt Erawan dalam daerah Pathum Wan kira-kira pukul 5:30 petang waktu tempatan. Polis menjumpai tiga mayat lelaki dan tiga wanita berada di dalam sebuah bilik, dengan tidak menampakkan sebarang kesan pergelutan.

Pada awalnya, kesemua mangsa terbunuh dipercayai ditembak, namun polis menafikan laporan tersebut. "Tiada tanda-tanda tembakan ditemukan," kata polis yang tidak dinamakan kepada media Reuters. Media AFP pula menyebut siasatan masih lagi dijalankan di mana mereka menfokuskan kepada "bahan toksik" dan polis percaya kematian itu ada kaitan dengan keracunan.

Laporan lain juga menyebut kesemua mangsa mati akibat keracunan sianida, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka membunuh diri atau telah diracuni.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin tiba di hotel itu kira-kira pukul 9:00 malam waktu tempatan. Beliau telah mengarahkan agar tindakan segera dilakukan dari pelbagai agensi bagi mengelakkan kesan buruk terhadap sektor pelancongan.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini