20 September 2012 (Khamis)
LOS ANGELES 20 Sept. − Pelakon wanita dalam filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang mencetuskan bantahan di seluruh negara Islam telah mengemukakan saman kepada penerbit filem terbabit atas dakwaan pencerobohan privasi, penipuan dan fitnah. Beliau memfailkan dakwaan tersebut di mahkamah Los Angeles.
Dalam dakwaan tersebut, Garcia memberitahu bahawa penghasilan filem pada asalnya berkisar tentang Mesir purba dan menuduh penerbut filem terbabit telah menipunya.
Cindy Lee Garcia merupakan antara tiga pelakon wanita dalam filem itu yang tampil ke hadapan dengan tuduhan yang sama sejak tercetusnya keganasan di negara-negara Islam pada minggu lalu yang menyebabkan .
“ | Garcia kini dibelenggu dengan ancaman bunuh dan hidup dalam ketakutan serta khuatir dengan keselamatan individu yang berada dekat dengannya | ” |
— Menurut kenyataan saman |
Saman tersebut telah dikemukan kepada Nakoula Basseley Nakoula, lelaki berusia 55 tahun dari Mesir yang kini menetap di California, Amerika Syarikat serta mengaku bahawa menghasilkan filem tersebut. Garcia juga menyaman laman perkongsian video YouTube dan pemilik Google atas tuduhan menayangkan video kontroversi itu.
Menurut media Amerika Syarikat (AS), sebelum berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, Nakoula menulis dan menerbitkan filem itu menggunakan nama samaran Sam Bacile. Pada Jumaat yang lalu, beliau telah disoal siasat semalaman oleh pihak polis sebelum bersembunyi bersama keluaranya.
Berita berkaitan
edit- "Protes filem anti-Islam berterusan di Asia" — Wikiberita bahasa Melayu, 19 September 2012
Sumber
edit- (Melayu) "Filem Hina Islam: Pelakon Saman Penerbit Filem" — mStar Online, 20 September 2012