Wn/ms/Parlimen Taiwan kecoh, ahli parlimen bertumbuk dan membaling belon

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Parlimen Taiwan kecoh, ahli parlimen bertumbuk dan membaling belon

18 Julai 2020 (Sabtu)

Template:Wn/ms/Taiwan

Taipei - Semalam Parlimen Taiwan bertukar kecoh apabila ahli-ahli parlimen mula bertumbuk dan membaling belon air sesama sendiri. Kejadian ini ialah kekecohan ketiga yang berlaku di dewan dalam masa dua minggu. Kejadian ini berlaku kerana dua parti utama tidak bersetuju berhubung undian pencalonan bagi ketua badan pemantau kerajaan, Control Yuan.

Rakaman kamera menunjukkan seorang Ahli Parlimen parti pemerintah, Parti Demokratik Progresif (DPP), menumbuk seorang anggota daripada parti pembangkang ketika pengundian Chen Chu sebagai calon bagi mengisi jawatan terbabit. Sementara Ahli Parlimen Kuomintang (KMT) pula dilihat melemparkan belon air ke arah pentas Speaker, memaksa ahli DPP melindungi diri dengan memakai baju hujan dan berselindung di sebalik kadbod.

Sumber edit