Wn/ms/Pantai di UK dibanjiri beribu-ribu pengunjung

< Wn | ms
Wn > ms > Pantai di UK dibanjiri beribu-ribu pengunjung

26 Jun 2020 (Jummat)


Bournemouth - Cuaca panas yang berlaku di United Kingdom menyebabkan ribuan pengunjung membanjiri pantai, semalam, walaupun ancaman wabak COVID-19 masih ada.

Pejabat Meteorologi memaklumkan, suhu mencecah 33.3 darjah Celsius direkodkan di Lapangan Terbang Heathrow di barat London, sehari selepas suhu setinggi 32.6 darjah Celsius mendorong orang ramai untuk berpusu-pusu ke pantai. Insiden berkenaan mengejutkan pihak berkuasa tempatan di Bournemouth yang melihat beribu-ribu orang memenuhi kawasan pantai ketika cuaca begitu cerah.

Malah, mereka berkata keadaan itu menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan teruk, parkir haram merata-rata tempat, sampah sarap bertimbun serta perilaku tidak wajar seperti pergaduhan akibat mabuk.

Kunjungan ke pantai dibenarkan selepas perintah berkurung di seluruh negara akibat COVID-19 dilonggarkan tetapi orang ramai tetap digesa agar mengelakkan perhimpunan beramai-ramai, manakala pub dan restoran masih ditutup hingga 4 Julai ini.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini