Wn/ms/PHLPost perkenal setem peringatan terpanjang, bersempena penubuhan Republik Filipina Pertama
12 Jun 2024 (Rabu)
MANILA - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-125 Penubuhan Republik Filipina Pertama 1899, Philippine Postal Corporation (PHLPost) syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pos di Filipina memperkenalkan setem peringatan terpanjang yang pernah dihasilkan bagi mencatat rekod dalam Guinness World Records.
Setem itu berukuran 200 milimeter panjang dan 35 milimeter lebar. Bertajuk "Filipina: Republik Pertama di Asia", ia memaparkan illustrasi perjalanan masa Filipina dari mulanya negara itu mendapat kemerdekaan pada Jun 1898 sehingga kepada peristiwa di sekitar pengisytiharaan Republik Filipina Pertama pada 1901.
Tujuh peristiwa bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Emilio Aguinaldo, seorang revolusioner Filipina diceritakan menerusi setem peringatan itu, bermula dengan peristiwa pengisytiharaan kemerdekaan Filipina pada 1898, selepas itu ketibaan Aguinaldo di Malolos, Bulacan dipercayai berkaitan dengan Kongres Malolos. Menerusi Kongres Malolos, Filipina diisytiharkan sebagai Republik Filipina Pertama pada 1899.
Peristiwa keempat ialah Perang Amerika-Filipina, kemudian peristiwa pengembaraan Aguinaldo dengan paparan beberapa orang wanita sedang merawatnya diikuti dengan peristiwa Apolinario Mabini, Perdana Menteri pertama setelah penubuhan Republik Filipina Pertama berada di Pangasinan dipercayai melarikan diri setelah kejatuhan Republik Pertama dan akhir sekali peristiwa penangkapan Aguinaldo di Isabela.
PHLPost telah mencetak sebanyak 9,000 keping yang terdiri daripada tiga set setem yang dijual dengan harga 125 peso (RM10).
Sumber
edit- (Inggeris) Franco Jose C. Baroña. " PHLPost issues longest postage stamp " — The Manila Times, 12 Jun 2024
- (Inggeris) " PHLPost issues ‘longest stamp’ for 2024 Independence Day " — Philippine News Agency, 12 Jun 2024