Wn/ms/Nepal merekodkan 38 peratus penanaman padi di seluruh negara

< Wn | ms
Wn > ms > Nepal merekodkan 38 peratus penanaman padi di seluruh negara

8 Julai 2024 (Isnin)

KATHMANDU - Jumlah penanaman padi di seluruh negara dilaporkan semakin meningkat dengan musim monsun yang kian memuncak. Setakat Ahad, penanaman padi telah mencapai 38.6 peratus yang meliputi sejumlah 539,766 hektar tanah di kesemua tujuh wilayah.

Dua wanita Nepal bergembira sambil menanam padi (2023)
Imej: Wikimedman.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Agrikultur, wilayah Sudur Paschim mencatatkan peratusan penanaman padi tertinggi iaitu 54.2 peratus manakala wilayah Madhes pula mencatatkan peratusan terendah sebanyak 25.5 peratus.

Wilayah Koshi meliputi 34.4 peratus penanaman padi, 40.2 peratus di Bagmati dan 49.7 di Gandaki. Selain itu, wilayah Lumbini mencatatkan jumlah penanaman padi sebanyak 44.4 peratus dan wilayah Karnali pula sebanyak 47.5 peratus. Data yang direkodkan itu adalah sehingga semalam.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,398,273 hektar tanah di seluruh negara diperuntukkan untuk penanaman padi, dengan wilayah Madhesh menyumbang keluasan tanah padi terbesar dengan 383,150 hektar manakala wilayah Karnali pula meliputi 41,904 hektar tanah.

Sebagai perbandingan, negara merekodkan sejumlah 42.9 peratus penanaman padi pada 9 Julai tahun lalu.

Ramai beranggapan perubahan iklim yang berlaku tahun ini menjejaskan penanaman padi. Ia menyaksikan musim monsun bermula seminggu lebih awal berbanding kebiasaannya pada pertengahan Jun. Hujan yang turun lebih awal akibat kesan Taufan Remal menyebabkan banjir dan tanah runtuh di bahagian timur Nepal sementara di bahagian barat pula menyaksikan kemarau yang berpanjangan.

Selain itu, pembangunan yang terlalu pesat tanpa kawalan juga memberi kesan kepada keluasan tanah yang diperuntukkan untuk penanaman padi apabila tanah-tanah itu dibangunkan untuk membuka laluan kepada penempatan baharu.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini