Wn/ms/Naskhah Harry Potter dengan ejaan nama J.K. Rowling yang salah akan dibida

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Naskhah Harry Potter dengan ejaan nama J.K. Rowling yang salah akan dibida

25 Jun 2024 (Selasa)

Naskhah asal siri Harry Potter yang pertama, Harry Potter and the Philosopher’s Stone dengan paparan nama pengarang terkenal, J.K Rowling yang salah dieja bakal dilelong menerusi acara lelongan Historical Platinum di Texas, Amerika Syarikat.

Hiasan yang menggunakan tema Harry Potter and the Philosopher’s Stone.
Imej: John M.

Naskhah itu merupakan kali pertama penerbitan siri Harry Potter sebelum berkembang ke beberapa judul lain memaparkan nama “J.A Rowling” pada muka surat pertama. Sejumlah 200 naskhah telah dicetak dan ia merupakan versi salinan bukti sebelum mula diterbitkan secara rasmi.

Buku itu pada asalnya dibeli dari sebuah acara jualan buku penerbit pada 1997 untuk kegunaan perpustakaan di Sekolah St. Kenelm dekat Oxfordshire, England pada harga £1. Seorang ahli perniagaan tempatan, Dale Henry membeli naskhah itu daripada sekolah berkenaan dengan harga yang tidak dinyatakan.

"Bila saya mula mendengar berkenaan naskhah itu, saya terus tertarik dengan sejarahnya yang unik serta hubungan setempat - selain fakta bahawa isteri saya ialah seorang peminat utama Harry Potter," kata Henry.

Pra-lelongan naskhah itu akan bermula pada 1 Julai sehingga hari bidaan pada 25 Julai bermula dengan harga £1,969 (RM11,751).


Sumber

edit


Kongsikan berita ini