28 Julai 2020 (Selasa)
Datuk Najib, bekas Perdana Menteri Malaysia, telah dikenakan hukuman penjara 72 tahun bagi 7 pertuduhan (setiap satu 10 tahun penjara) yang melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Tetapi hakim memutuskan semua kes pertuduhan dijalankan serentak, menjadikan jumlah hukuman penjara selama 12 tahun.
Jika denda berjumlah RM210 juta yang dikenakan itu tidak dibayar, maka beliau akan dipenjarakan lagi 5 tahun.
Selepas itu, pihak pembelaan berjaya mengusulkan penangguhan hukuman dan bayaran denda untuk menunggu proses rayuan.
Sumber
edit- (Melayu) Hidir Reduan Abdul Rashid. "Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta" — Malaysia Kini, 28 Julai 2020
- (Melayu) Ahmad Johari Mohd Ali. "Najib dihukum penjara berjumlah 12 tahun, denda RM210 juta" — Berita Harian, 28 Julai 2020
- (Melayu) Media Mulia. "Najib tidak ke penjara malam ini" — Utusan Malaysia, 28 Julai 2020