Wn/ms/Microsoft Copilot benarkan pengguna mengawal peranti Android dengan ciri AI

< Wn | ms
Wn > ms > Microsoft Copilot benarkan pengguna mengawal peranti Android dengan ciri AI

4 Julai 2024 (Khamis)

Microsoft sedang menjalankan ujian yang membolehkan peranti Android dikawal secara terus dari Windows 11 menggunakan keupayaan kecerdasan buatan menerusi aplikasinya, Microsoft Copilot. Ujian itu hanya terbuka kepada pengguna terpilih sahaja

Microsoft Copilot ialah aplikasi yang berteraskan kepada teknologi kecerdasan buatan, menggantikan Cortana.

Kemaskini terbaru untuk versi web Microsoft Copilot membolehkan beberapa ciri AI diperkenalkan untuk kawalan peranti Android seperti meminta Copilot AI untuk menghantar, menerima dan membaca mesej, selain berupaya melakukan tugas lain seperti meringkaskan perkara penting dari mesej yang diterima, menetapkan fungsi jam penggera dan membaca kenalan tanpa memaparkan nombor telefon.

Bagi membolehkan integrasi Copilot dilakukan bersama peranti Android, peranti itu perlu disambung ke komputer menggunakan aplikasi Microsoft Phone Link atau ciri Link Devices yang terdapat dalam Windows 11. Sebelum pengenalan kepada ciri AI itu, Phone Link hanya berupaya untuk mengawal peranti Android secara asas sahaja.

Beberapa pengeluar peranti Android seperti Samsung, Honor, Oppo, OnePlus dan Realme menawarkan akses penuh kepada Phone Link, dan ia membolehkan ciri tambahan digunakan seperti memaparkan skrin peranti atau berinteraksi dengan aplikasi dari peranti secara terus dari komputer.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini