Wn/ms/Mesej berkonsepkan sastera di lebuh raya PLUS, pupuk sikap murni masyarakat

< Wn | ms
Wn > ms > Mesej berkonsepkan sastera di lebuh raya PLUS, pupuk sikap murni masyarakat

14 Ogos 2024 (Rabu)

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memartabatkan nilai kesusasteraan dalam Bahasa Melayu, pengendali lebuh raya Plus Malaysia Berhad (PLUS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan memaparkan mesej keselamatan berbentuk sastera di kesemua rangkaian lebuh raya kendaliannya.

Plaza Tol Sungai Besi
Imej: mailer_diablo.

Mesej keselamatan dipaparkan menerusi paparan mesej boleh ubah berwarna (VMS) menggunakan peribahasa, pantun dan gurindam sebagai wadah dalam mendidik masyarakat mengenai keselamatan jalan raya, selain menyemarakkan lagi penggunaan sastera dari kalangan pengguna.

"Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, PLUS dengan kerjasama DBP menjadikan bahasa dan sastera sebagai wahana untuk mendidik jiwa pengguna," kata DBP menerusi kenyataan yang diterbitkan di laman sosial Facebook. "Gurindam, peribahasa dan pantun bakal menjadi santapan mata pengguna lebuh raya PLUS yang mempunyai pesanan dan peringatan tentang situasi di lebuh raya."

Bagi memastikan ketepatan dan kesesuaian, DBP membekalkan bahan sastera yang kemudian dipaparkan di sejumlah 16 paparan VMS yang terdapat di lebuh raya kendalian PLUS. "Setiap paparan mempunyai temanya yang tersendiri, termasuklah keselamatan jalan raya (umum dan motivasi), jiwa merdeka dan perlambangan kesepaduan," tambahnya.

DBP turut menyertakan gambar dari paparan VMS di Lebuhraya Utara-Selatan yang memaparkan pantun berbunyi "Biar lambat asal selamat, tak akan lari gunung dikejar."


Sumber

edit


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog