Wn/ms/Malaysia muncul juara dunia doubles sepak takraw

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Malaysia muncul juara dunia doubles sepak takraw

23 Mei 2024 (Khamis)

Kuala Lumpur – Pasukan sepak takraw double Malaysia berjaya menewaskan pasukan Thailand dalam perlawanan akhir seterusnya merangkul kejuaraan double divisyen premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, malam tadi. Thailand merupakan seteru utama Malaysia dalam sukan sepak takraw.

Gambar hiasan.
Imej: B20180.

Di set pertama, gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin meraih kemenangan dengan mata 17-16. Di set kedua pula, pasukan Thailand yang diwakili gandingan Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut menampilkan aksi yang pantas untuk mengikat kedudukan 4-4, namun gandingan dari Malaysia itu berjaya melebarkan jurang mata, seterusnya memenangi set kedua dengan mata 15-13. Perlawanan itu berlangsung dalam tempoh 72 minit.

Aidil Aiman berkata aksi permainan yang dipersembahkannya menentang Thailand itu merupakan aksi yang paling terbaik sepanjang kariernya. "Aizat banyak membantu saya membuat servis yang baik dan kurangkan kesilapan. Agak tertekan dengan perlawanan tadi namun kami dapat mengawal dan baca servis pasukan lawan," katanya.

Ini merupakan kali pertama pasukan Malaysia memenangi kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw dalam acara doubles.

Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin sebelum ini merupakan pemenang pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA 2023 menerusi acara doubles dalam sukan sepak takraw.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini