27 Jun 2020 (Sabtu)
Putrajaya - Hari ini, Malaysia mencatatkan 10 kes baharu. 4 kes merupakan kes import manakala 6 lagi merupakan kes tempatan. Daripada 6 kes tempatan tersebut, 4 ialah warganegara Malaysia manakala 2 lagi ialah warga asing. Hal ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,616 kes.
Jumlah kes yang sembuh hari ini ialah 14 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh ialah 8,308 kes. Kes kematian kekal 121 kes. Jumlah kes yang aktif pula ialah 187 kes. 2 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber
edit- "Situasi Terkini 27 Jun 2020" — Kementerian Kesihatan Malaysia, 27 Jun 2020