Wn/ms/Leicester kembali dikenakan perintah berkurung akibat Covid

< Wn | ms
Wn > ms > Leicester kembali dikenakan perintah berkurung akibat Covid

30 Jun 2020 (Selasa)


Leicester - Kerajaan United Kingdom (UK) pada Isnin sekali lagi menguatkuasakan perintah berkurung di Bandar Leicester ekoran bandar itu yang teruk terjejas akibat Covid-19. Perintah ini ialah rancangan Perdana Mentari UK, Boris Johnson, dalam melaksanakan strategi pengawalan jangkitan virus tersebut sementara menggerakkan semula sektor ekonomi.

Berikutan itu, pihak berkuasa mengarahkan pembukaan sesi persekolahan ditunda dan premis tidak penting di Leicester ditutup. UK antara negara paling terjejas teruk akibat wabak di Eropah dengan lebih 43,000 kematian.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini