Wn/ms/Lapan maut termasuk dua bayi dalam insiden letupan gas di timur Caracas

< Wn | ms
Wn > ms > Lapan maut termasuk dua bayi dalam insiden letupan gas di timur Caracas

13 Ogos 2024 (Selasa)

CARACAS - Insiden letupan gas berlaku pada Isnin telah menyebabkan sekurang-kurangnya lapan mangsa maut serta 22 mangsa lagi mengalami kecederaan. Insiden itu berlaku dekat bandar Petare di bahagian timur ibu negara Caracas.

Menurut Gabenor Negeri Miranda Héctor Rodríguez Castro, sebuah bangunan kediaman tiga tingkat roboh akibat letupan gas serta letupan susulan yang berpunca daripada tong gas. "Seramai 13 mangsa diselamatkan dan di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook. "Pihak berkuasa sedang melakukan pencarian mangsa yang terperangkap dan membersihkan sisa runtuhan."

Pada awalnya seramai dua mangsa maut namun jumlahnya meningkat kepada lapan mangsa. "Kami boleh mengesahkan seramai 22 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan manakala seorang dewasa dan dua kanak-kanak dijumpai tanpa sebarang kecederaan dan ditempatkan di kediaman berdekatan."

"Dengan dukacitanya dimaklumkan lapan mangsa maut termasuklah dua bayi. Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga yang terkesan," tambahnya.

Rodríguez juga mengesahkan pasukan penjagaan sosial dan pihak berkuasa berkaitan akan terus berada di tempat kejadian bagi menawarkan sokongan dan bantuan kepada mangsa yang terlibat serta keluarga yang terkesan dengan insiden itu.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog