Wn/ms/Kompleks LNG Bintulu Petronas kini pulih sepenuhnya

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kompleks LNG Bintulu Petronas kini pulih sepenuhnya

23 Mei 2024 (Khamis)

Kuala Lumpur - Petronas, syarikat minyak dan gas Malaysia mengumumkan fasiliti LNG di Bintulu kini pulih sepenuhnya. Kompleks LNG Petronas di Bintulu itu sebelum ini mengalami masalah ketiadaan bekalan kuasa selama lebih seminggu dan menjejaskan operasi hariannya.

Pelabuhan LNG Bintulu (2012).
Imej: Ahmad Afif Isa.

Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) yang merupakan anak syarikat Petronas melaporkan ketiadaan bekalan kuasa lebih kurang jam 11:30 malam waktu tempatan pada 10 Mei lalu. Kerja-kerja menghidupkan bekalan kuasa telah dijalankan setelah mengetahui punca masalah itu. Sebelum kejadian, fasiliti itu beroperasi dengan kecekapan yang optimum.

Kompleks Bintulu yang terletak di negeri Sarawak itu merupakan fasiliti LNG utama Petronas, dengan kapasiti pengeluaran tahunan dianggarkan sebanyak 29.3 juta tan metrik. Menurut penyedia dagangan komoditi pintar, Kpler di laman X, tiga hari penutupan di Bintulu boleh diterjemahkan sebagai kehilangan sebanyak 240,000 tan bekalan LNG, berdasarkan kepada pengeluaran empat kargo dengan kapasiti 60,000 tan. Data Kpler juga menunjukkan sebanyak 700,000 tan penghantaran dilakukan dari kompleks itu pada 10 Mei dan 130,000 tan pada 12 Mei. Sebanyak tujuh kenderaan menunggu bekalan itu pada Selasa.

Kompleks LNG Bintulu itu juga menempatkan beberapa lagi projek LNG Petronas lain seperti MLNG Satu, MLNG Dua, MLNG Tiga dan Projek Train 9.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini