20 Mei 2024 (Isnin)
Doha - Siri peperangan yang berlaku di Gaza yang tidak menampakkan jalan penyelesaian bakal mengundang krisis kebuluran yang paling terburuk sekali dalam sejarah, demikian menurut Martin Griffiths, ketua program kemanusiaan PBB.
"Jika kehabisan bahan bakar, bantuan tidak dapat dihantar kepada rakyat yang memerlukannya, krisis kebuluran yang kita telah perkatakan sebelum ini yang bakal tiba, tidak lagi. Ini akan menjadi kenyataan," kata Griffiths.
"Dan apa yang kita risau, sebagai masyarakat dalam komuniti antarabangsa, tentunya kesan buruk yang perlu diterima. Kesusahan, kepayahan dan malapetaka," tambahnya lagi selepas mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Qatar di Doha.
Lebih kurang 50 buah lori dapat menyalurkan bantuan setiap hari di kawasan yang paling terjejas teruk di utara Gaza melalui Pintasan Erez yang dibuka kembali. Namun begitu, pertempuran yang berlaku dekat Rafah dan Pintasan Kerem Shalom di selatan Gaza pula bermakna laluan penting bagi penyaluran bantuan kini telah "disekat".
Dengan kebanyakkan laluan utama untuk menyalurkan bantuan disekat, beberapa bekalan bantuan kini dihantar melalui jeti sementara yang dibina Amerika Syarikat minggu ini. Menurut Griffiths, operasi maritim telah digerakkan untuk membawa masuk lori-lori yang membawa bekalan itu, namun dia memberi amaran: “ini bukanlah jalan alternatif kepada laluan darat.”
Sumber
edit- (Inggeris) "UN aid chief warns of 'apocalyptic' consequences of Gaza shortages " — Hurriyet Daily News, 17 Mei 2024
- (Inggeris) Lorenzo Tondo. "UN humanitarian chief delivers ‘apocalyptic’ warning over Gaza aid" — The Guardian, 19 Mei 2024
- (Inggeris) "UN warns of 'apocalyptic' consequences of Gaza shortages" — Tehran Times, 19 Mei 2024
- (Inggeris) "Griffiths warns of 'horrific' consequences of food shortages in Gaza" — Yemen News Agency, 19 Mei 2024