11 Ogos 2020 (Selasa)
London - Ketua Pengangkap Tikus kepada Pejabat Komanwel dan Luar Negara, Palmerston, disahkan meletakkan jawatan dan bersara daripada tugas menangkap tikus di sekitar pejabat pada 7 Ogos 2020 untuk menghabiskan lebih banyak masa berehat. Dalam surat yang dikeluarkan oleh pejabat tersebut, Palmerston kini berada jauh dari Whitehall dan 'gembira memanjat pokok' daripada 'mendengar ucapan orang kenamaan asing'.
Palmerston memulakan "tugasnya" pada 13 April 2016 dan dia juga sering bergaduh dengan Larry yang merupakan Ketua Penangkap Tikus di 10, Downing Street. Pertelingkahan ini selalu membabitkan beberapa degusan dan perlawanan di depan media.
Sumber
edit- (Inggeris) "Foreign Office cat Palmerston retires to countryside" — BBC, 7 Ogos 2020
- (Melayu) "Selamat bersara, Palmerston! Penangkap tikus di Pejabat Luar Negeri UK tamat tugas" — Astro Awani, 10 Ogos 2020
- (Melayu) "Palmerston 'bersara' tangkap tikus" — Sinar Harian, 10 Ogos 2020