27 Jun 2020 (Sabtu)
New Delhi — Kes Covid-19 di India kini mencecah 500 ribu orang. 18,500 kes baharu dicatatkan hari ini dan 385 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes kematian di India ialah 15,685 kes.
Pakar berpendapat jumlah kes Covid-19 di negara itu boleh mencecah angka satu juta kes sebelum akhir Julai. Beberapa kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan.
Sumber
edit- "Kes positif Covid-19 di India cecah 500,000" — Harian Metro, 27 Jun 2020