Wn/ms/Kes Covid-19 baharu di Malaysia kekal 5 kes baharu hari ini

< Wn | ms
Wn > ms > Kes Covid-19 baharu di Malaysia kekal 5 kes baharu hari ini

6 Julai 2020 (Isnin)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini terdapat 5 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadi jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,668 kes. 3 kes merupakan kes import sementara 2 kes yang lain ialah kes tempatan. Daripada 2 kes tempatan tersebut, masing-masing 1 kes ialah warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

11 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih adalah sebanyak 8,476 kes. Kes kematian kekal 121 kes apabila tiada kematian direkodkan hari ini. Terdapat 71 kes yang masih aktif sementara 2 kes daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini