Wn/ms/Jurgen Klopp belum merancang untuk bersara, berasa "kosong"

< Wn | ms
Wn > ms > Jurgen Klopp belum merancang untuk bersara, berasa "kosong"

20 Mei 2024 (Isnin)

Jurgen Klopp mengesahkan beliau belum lagi merancang untuk bersara dari arena bola sepak sepenuhnya, walaupun mengakui dia berasa "kosong" selepas tamatnya perlawanan liga terakhir untuk musim ini.

Jürgen Klopp (2022)
Imej: Steffen Prößdorf.

Dalam perlawanan terakhir semalam, pasukan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp berjaya menewaskan pasukan Wolves dengan jaringan 2-0, dengan gol disumbangkan oleh pemain tengah Alexis Mac Allister dan Jarell Quansah. Ini merupakan perlawanan ke-491 bagi Klopp sepanjang beliau bersama Liverpool sejak tahun 2015 dan menamatkan musim di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Menerusi sidang akhbar terakhir beliau, Klopp berkata, "Saya akan bekerja. Saya cuma baru saja menyelesaikan kerja ini. Saya tidak tahu kenapa tak ramai orang percaya saya tidak akan lagi menjadi pengurus, tapi saya faham ianya disebabkan ketagihan."

"Nampaknya ramai orang kembali dan bekerja sehingga mereka berumur 70-an. Saya selalu merasakan bahawa saya tidak perlu melakukan sebegitu. Orang lain lebih bijak dan lakukan dalam cara yang lain, namun saya perlu bekerja keras. Saya perlu mencetuskan sesuatu, saya perlu lebih bertenaga, saya perlu menjadi kesemuanya. Dan kini saya rasa kosong. Itu sahaja."

"Saya tiada idea (apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya). Mungkin mengemas. Saya ada perkara yang perlu dilakukan, kehidupan peribadi saya perlu dirancang dengan teliti juga tetapi saya sudah mula lakukannya dan mungkin Ulla (isteri) akan memberitahu saya ke mana kita akan pergi. Saya tiada idea apa yang akan datang. Kami mengadakan parti malam ini."

Bekas jurulatih Feyenoord, Arne Slot bakal menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool yang baharu bermula musim hadapan.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini