Wn/ms/Jambatan baharu Sungai Golok - Rantau Panjang bakal dibina tahun hadapan

< Wn | ms
Wn > ms > Jambatan baharu Sungai Golok - Rantau Panjang bakal dibina tahun hadapan

14 Jun 2024 (Jumaat)

NARATHIWAT - Thailand dijangka akan memulakan projek pembinaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan Sungai Golok di daerah Narathiwat dan Rantau Panjang di Kelantan bermula seawal April 2025, demikian menurut kenyataan dari gabenor wilayah itu.

Kompleks ICQS Rantau Panjang.
Imej: Malayan Law.

Trakul Thotham berkata projek itu tertakluk kepada laporan akhir Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang akan dimulakan bulan depan. "Jambatan baharu ini akan berfungsi sebagai laluan kedua untuk menyeberangi sempadan Thailand dan Malaysia," katanya.

"Saya berharap dengan pembinaan jambatan yang menghubungkan Sungai Golok, Narathiwat dan Kelantan, Malaysia akan menyemarakkan pelancongan dan perdagangan di antara kedua-dua negara."

Jambatan baharu itu dilaporkan dibina dengan kapasiti enam lorong dan selari dengan jambatan sedia ada yang terlalu sempit bagi kenderaan berat. Jambatan itu dijangka akan mengurangkan kesesakan serta memudahkan perjalanan dan cekap di antara kedua-dua buah negara.

Ia dinamakan sebagai Twin Bridge (Jambatan Kembar).


Sumber

edit


Kongsikan berita ini