Wn/ms/Jalinan kerjasama pendidikan Hong Kong - Laos memasuki era baharu

< Wn | ms
Wn > ms > Jalinan kerjasama pendidikan Hong Kong - Laos memasuki era baharu

15 Ogos 2024 (Khamis)

HONG KONG - Jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan yang terbentuk di antara Hong Kong - Laos menyaksikan delegasi yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi dari Laos menghadiri Sidang Kemuncak Pembangunan Belia buat julung kalinya diadakan di sini.

Bercakap di persidangan itu, Timbalan Menteri Pendidikan dan Sukan merangkap Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Laos, Kingmano Phommahaxay berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan terkini menerusi jalinan kerjasama itu. "Saya dengan sukacitanya ingin menonjolkan satu peristiwa penting dalam jalinan kerjasama pendidikan dengan Hong Kong, khususnya melibatkan perkongsian di antara Sekolah Menengah Vientiane (VSS) dan Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU)," katanya.

Terdahulu, VSS dan PolyU memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan kerangka jalinan kerjasama dalam pengambilan pelajar antarabangsa melalui peluang biasiswa kepada pelajar Laos yang cemerlang. MoU itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perhubungan Luar, Saleumxay Kommasith.

Delegasi Laos yang hadir ke persidangan itu berlaku kira-kira dua minggu selepas lawatan kerja oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-Chiu ke Sekolah Menengah Vientiane. "Saya boleh memberi jaminan bahawa Hong Kong ialah sebuah bandar yang penuh dengan peluang untuk semua, untuk karier anda dan untuk kehidupan anda," katanya.

"Untuk mengalu-alukan lebih ramai bakat cemerlang dari Laos, kami telah melonggarkan polisi visa untuk warga Laos yang bekerja di Hong Kong atau belajar di universiti awam yang dibiayai kami," tambahnya. Lee kemudian menjelaskan di bawah Aturan Imigresen Untuk Graduan Bukan Tempatan kami, pelajar Laos yang sudah menamatkan pengajian mereka dibenarkan untuk terus berada di Hong Kong sama ada bekerja atau bercuti sehingga 24 bulan.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini