Wn/ms/Jakel melabur dalam projek pusat data bernilai RM1.2 bilion

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Jakel melabur dalam projek pusat data bernilai RM1.2 bilion

3 Jun 2024 (Isnin)

Kuala Lumpur - Kumpulan Jakel mula menceburi sektor teknologi setelah mereka menjalinkan kerjasama dengan PiDC Holdings Bhd. melalui projek pembinaan pusat data yang bernilai RM1.2 bilion. Menerusi projek itu, Jakel menyumbang sehingga 40 peratus pelaburan dalam syarikat Pi Data Centre Sdn Bhd (PiDC).

Jakel Mall, Kuala Lumpur
Imej: Chongkian.

Pusat data jenis Tahap III yang termoden itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 7.3 ekar di Cyberjaya, Selangor dan berkapasiti 51 MW. Projek pembinaan itu akan dilakukan melalui tiga fasa, dengan pembinaan pada fasa pertama akan bermula suku ketiga tahun ini dan dijangka siap pada suku keempat 2025.

Menurut Ketua Pengarah Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed, pelaburan dalam pusat data menandakan satu lagi peristiwa penting bagi syarikat dalam mempelbagaikan portfolio kepada infrastruktur digital daripada sektor sedia ada seperti tekstil, hartanah, perladangan, penjagaan kesihatan dan kelengkapan tentera. "Pelaburan ini menggariskan dedikasi kami untuk menceburi peluang baru serta mengembangkan kepakaran kami dalam pasaran yang dinamik. Tambahan pula, projek itu selari dengan agenda nasional utama, seperti MyDIGITAL," katanya lagi.

Pengarah Jakel Capital Sdn. Bhd. Muhammad Ashraf pula berkata, infrastruktur digital merupakan sebahagian daripada strategi kepelbagaian sektor yang diperkenalkan Kumpulan Jakel. "Kumpulan Jakel telah menyatakan komitment RM1 bilion sebagai modal pelaburan untuk tahun 2024, dengan modal pelaburan yang lebih besar dijangkakan pada 2025."

Sumber

edit


Kongsikan berita ini