30 Jun 2020 (Selasa)
Tehran - Iran meminta bantuan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Presiden Amerika Syarikat (A.S) Donald Trump dan puluhan individu lain yang terbabit dalam pembunuhan jeneral tertingginya, Qasem Soleimani, awal tahun ini.
Pihak Interpol pula mengatakan bahawa mereka menolak permohonan Iran kerana perlembagaan mereka melarang campur tangan berunsurkan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman.
Sumber
edit- "Iran mahu tangkap Trump" — Harian Metro, 30 Jun 2020
- "Qasem Soleimani: Iran seeks Trump's arrest over killing of general" — BBC, 30 Jun 2020