Wn/ms/Indonesia sedia hantar pasukan pengaman, perubatan ke Gaza

< Wn | ms
Wn > ms > Indonesia sedia hantar pasukan pengaman, perubatan ke Gaza

02 Jun 2024 (Sabtu)

Indonesia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza bagi menguatkuasakan serta memantau gencatan senjata sekiranya diperlukan, demikian menurut Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Prabowo Subianto, bakal Presiden Indonesia.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24), Prabowo berkata Indonesia komited dalam mengekalkan keamanan di Gaza dan menyokong usul gencatan senjata antara Palestin dan Israel. Tambahnya lagi, Indonesia juga bersedia untuk menghantar pasukan perubatan ke hospital lapangan yang sedang beroperasi di Gaza tertakluk kepada kelulusan oleh kedua-dua pihak.

"Indonesia juga sudah bersedia untuk membantu mengeluarkan dan merawat penduduk Palestin yang cedera dan memerlukan rawatan segera di hospital lapangan," kata Prabowo. Dia juga menekankan bahawa bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengarahkannya untuk mengeluarkan, menerima dan merawat sekitar 1,000 pesakit dengan rawatan perubatan dalam masa terdekat.

Dia juga mengajak semua pihak yang terlibat dalam bekerjasama ke arah gencatan kekal dan memastikan keamanan yang berpanjangan di Palestin dan Israel. Katanya, walaupun Gaza terletak di Timur Tengah dan bukannya di Asia Tenggara, namun konflik yang berpanjangan itu sentiasa mendapat simpati dari kalangan rakyat Indonesia, malah sudah menganggap rakyat Palestin sebagai saudara sendiri.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini