Wn/ms/IBM tutup dan pindah operasi penyelidikan dan pembangunan ke luar China

< Wn | ms
Wn > ms > IBM tutup dan pindah operasi penyelidikan dan pembangunan ke luar China

28 Ogos 2024 (Rabu)

BEIJING - Syarikat teknologi, IBM dilaporkan menutup operasi salah satu divisyen terpenting mereka yang berpangkalan di China serta memberi kesan kepada 1,000 tenaga kerja yang bekerja di situ.

Beberapa media tempatan melaporkan rancangan strategik IBM termasuklah menutup divisyen penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bandar utama seperti Beijing dan Shanghai dan memindahkannya ke wilayah di luar China. Antara syarikat yang berdepan penutupan ialah China Development Lab yang mula ditubuhkan pada 1999 dan China Systems Lab.

Keputusan itu dibuat susulan daripada trend pengurangan pendapatan IBM di China apabila ia mencatatkan penurunan sebanyak 19.6% untuk tahun lepas. Selain itu, hubungan geopolitik Amerika Syarikat-China yang semakin tegang menyebabkan beberapa syarikat A.S termasuklah IBM mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja mereka di China dan memindahkan operasi ke luar China.

Kerajaan China juga menggalakkan syarikat-syarikat tempatan melakukan inovasi serta menawarkan pilihan teknologi alternatif yang sebelum ini ditawarkan syarikat A.S di bawah kempen "Delete America".

Namun demikian, IBM menegaskan mereka masih lagi menawarkan bantuan dan sokongan kepada pelanggan di seluruh wilayah China, walaupun pengoperasiannya di China semakin dikecilkan.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini