7 Jun 2024 (Jumaat)
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha tahun 1445H pada 17 Jun. Demikian pengumuman yang dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman sebentar tadi dan disiarkan di saluran televisyen utama.
Menurutnya lagi, 1 Zulhijjah 1445H jatuh pada 8 Jun. Pengumuman itu dibuat selepas selesainya proses mencerap anak bulan Zulhijjah yang telah diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia petang tadi. Cara penetapan tarikh Zulhijjah pula adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada 16 Jun setelah anak bulan Zulhijjah berjaya dicerap di sana. Jemaah Haji akan mula berwukuf di Hari Arafah pada 15 Jun.
Sumber
edit- (Melayu) "Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun" — Kosmo!, 7 Jun 2024
- (Melayu) "Umat Islam Malaysia sambut Aidiladha pada 17 Jun" — mStar, 7 Jun 2024
- (Inggeris) "Saudi Arabia announces Eid al-Adha dates" — Alarabiya, 6 Jun 2024