1 September 2012 (Sabtu)
WASHINGTON 31 Ogos − Harga makanan dunia meningkat naik sehingga 10 peratus pada bulan lalu ekoran musim kemarau yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah Timur.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia semalam, bermula bulan Jun hingga Julai, harga jagung dan tepung gandum meningkat sebanyak 25 peratus manakala harga kacang soya pula naik kepada 17 peratus. Hanya harga beras sahaja yang mengalami penurunan iaitu sebanyak 4 peratus.
Indeks Harga Makanan Bank Dunia secara keseluruhannya menunjukkan kenaikan 6 peratus lebih tinggi berbanding bulan Julai tahun sebelumnya dan kenaikan satu peratus berbanding paras tertinggi pada Februari tahun lalu.
Oleh itu, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia digesa supaya meningkatkan program pemakanan bagi melindungi kebajikan rakyat masing-masing.
Sumber
edit- (Melayu) "Harga makanan dunia naik 10%" — Utusan Online, 31 Ogos 2012