Wn/ms/Hanya 2 kes Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini

< Wn | ms
Wn > ms > Hanya 2 kes Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini

30 Jun 2020 (Selasa)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa 2 kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,639 kes. 1 kes merupakan kes import manakala lagi satu kes ialah kes tempatan.

20 kes disahkan pulih dan didiscaj hari ini menjadikan jumlah kes yang pulih di Malaysia sebanyak 8,354 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal 121 kes sementara kes yang masih aktif ialah 164 kes. 4 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 1 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini