Wn/ms/Glasier terakhir di Venezuela hilang akibat perubahan iklim

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Glasier terakhir di Venezuela hilang akibat perubahan iklim

27 Mei 2024 (Isnin)

Venezuela menjadi negara kedua di dunia yang sudah kehilangan kesemua glasier yang berpunca daripada isu perubahan iklim. Menurut penilaian saintifik terkini, negara itu sudah kehilangan kesemua enam glasier di Sierra Nevada, manakala gunung-ganangnya tidak lagi dilitupi dengan glasier.

Glasier Humboldt pada tahun 2014.
Imej: Adolfo.

Selain Venezuela, Slovenia juga sudah kehilangan kesemua glasier.

Menurut sebuah kumpulan sokongan saintifik, International Cryosphere Climate Initiative, apa jua yang tinggal di atas puncak pergunungan di Venezuela tidak lagi diklasifikasikan sebagai glasier. Mereka merujuk kepada Glasier Humboldt yang terletak di Pergunungan Andes di kawasan Venezuela yang masih lagi diliputi ais dan tidak menerima jumlah ais yang mencukupi dalam masa 25 tahun.

Pengklasifikasian padang ais memerlukan saiz permukaan di puncak kurang daripada 20,000 meter persegi, menurut Pusat Salji dan Data Ais Nasional. Manakala glasier pula diklasifikasikan sebagai kawasan yang dilitupi ais lebih besar daripada 270,000 meter persegi.

Glasier Humboldt sebelum itu pernah merekodkan liputan kawasan seluas 450 hektar, namun begitu kini ia direkodkan meliputi kawasan seluas 2 hektar sahaja, kurang daripada minimum 10 hektar untuk diklasifikasikan sebagai glasier. "Tidak banyak kandungan ais pada glasier Venezuela terakhir ini sejak tahun 2000-an. Kini ianya tidak lagi disenaraikan (sebagai glasier), dan hanya diklasifikasikan sebagai padang ais sahaja," kata Dr. Caroline Clason, seorang glasiokologi di Universiti Durham.

Kehilangan glasier di peringkat global berpotensi memberikan ancaman kepada sumber air, makanan dan tenaga dan memberi kesan kepada jutaan penduduk dan pelbagai ekosistem lain. Menurut pakar, unjuran kehilangan glasier dunia menunjukkan peningkatan di antara 20 hingga 80 peratus menjelang tahun 2100, bergantung kepada trend pelepasan karbon di peringkat global.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini