19 Jun 2020 (Jumaat)
Wellington - Sebuah gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter menggegar New Zealand pada jam 1:50 petang (waktu tempatan) semalam. Pusat gempa terletak di Kepulauan Kermadec, kira-kira 710 kilometer di luar pantai Gisborne dekat bahagian timur North Island. Amaran tsunami dikeluarkan tetapi kemudian ditarik balik. Pihak berkuasa menasihati penduduk yang tinggal di sepanjang pantai berkenaan untuk berpindah dan bergerak ke kawasan lebih tinggi jika mereka merasai sebarang gegaran yang panjang dan kuat.
Sumber
edit- "Gempa 7.4 skala Richter gegar New Zealand" — Sinar Harian, 18 Jun 2020
- "Tsunami warning is cancelled after massive 7.4 magnitude earthquake rocked New Zealand" — Mail Online, 18 Jun 2020