20 Mei 2024 (Isnin)
Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, seorang pengarah dari Poland, Patryk Vega mampu menghasilkan filem biopik mengenai Presiden Vladimir Putin tanpa mempelawa beliau untuk hadir ke sesi penggambaran. Menerusi treler bagi filem "Putin" yang diterbitkan, ianya bermula dengan Presiden mengesotkan dirinya di atas lantai dengan berpakaian lampin bayi, menggunakan teknik deepfake wajah pemimpin itu yang dipaparkan dan menggunakan badan pelakon sebenar.
"Untuk memiliki persamaan yang ketara dengan diktator, kami perlukan Putin, bukannya pelakon dengan solekan," kata Vega semasa dalam acara Festival Filem Cannes di mana beliau sedang mempromosikan filem itu. "Saya telah menghubungi Putin dan bertanya jika beliau ingin berlakon dalam filem kami....Tidak, itu hanyalah jenaka."
Filem "Putin" ini telah terjual dalam 50 buah negara sebelum mulanya tayangan perdana pada bulan September ini. Filem ini berkisarkan mengenai kehidupan Presiden Putin selama enam dekad pada usia 10 tahun di mana beliau dilihat sedang dipukul oleh bapa tirinya. "Di akhirnya saya menunjukkan tamatnya riwayat beliau. Pengakhiran yang menggembirakan," kata Vega lagi.
Menurutnya, idea awal datang semasa hari pertama Rusia menceroboh negara jirannya, Ukraine. "Mulanya saya ingin membuat filem mengenai mafia Rusia. Kemudian, saya mengutuskan untuk membuat filem mengenai gengster terbesar."
Sumber
edit- (Inggeris) Ulrike Koltermann. "AI deepfake Putin film sells big at Cannes" — Yahoo! News, 19 Mei 2024
- (Inggeris) Nikhil Pandey. "Vladimir Putin Biopic Set For Release, With An AI Twist" — NDTV, 24 April 2024
- (Inggeris) Ed Meza. "Patryk Vega’s AI-Generated ‘Putin’ Selling Globally Amid Intense Interest in Russian Leader (EXCLUSIVE) " — Variety, 14 Mei 2024
- (Inggeris) "AI deepfake Putin film sells big at Cannes" — Korea Times, 19 September 2024