Wn/ms/Faisal Halim buat kemunculan pertama, pernah terlintas untuk bersara

< Wn | ms
Wn > ms > Faisal Halim buat kemunculan pertama, pernah terlintas untuk bersara

13 Jun 2024 (Khamis)

Siang tadi berlangsungnya sidang media yang membabitkan pemain kebangsaan Malaysia, Faisal Halim yang turut dihadiri ayahnya, Abdul Halim Saad. Itu merupakan kali pertama Faisal tampil kepada umum selepas insiden simbah asid ke atas pemain itu.

Menurutnya, pernah terlintas di fikirannya untuk berhenti bermain bola sepak dan menjalani kehidupan yang aman bersama keluarganya. "Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola asalkan saya dan keluarga saya selamat," katanya. "Apa yang dijanjikan Datuk (Shahril Mokhtar) mengenai jaminan keselamatan keluarga saya, itulah yang memberi saya semangat untuk teruskan bermain."

"Saya cakap pada isteri, ayah dan abang-abang saya, saya tak kisah dan sanggup hilang gaji berpuluh ribu demi untuk pulang ke kampung dan hidup tenang. Saya boleh mencari pekerjaan walaupun sehari RM50, RM100 janji keluarga saya selamat. Tak perlu lagi saya hidup dalam ketakutan," tambahnya lagi.

Jelas Faisal, apa yang berlaku pada dirinya sekarang adalah di luar jangkaan dan tidak boleh diterima, di samping keluarganya kini hidup dalam ketakutan.

Faisal akui doa dan harapan dari orang ramai memberinya semangat untuk meneruskan karier dalam bola sepak.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini