Wn/ms/Etnik Sekapan diancam kepupusan akibat arus kemodenan

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Etnik Sekapan diancam kepupusan akibat arus kemodenan

24 Mei 2024 (Jumaat)

Etnik Sekapan, komuniti Orang Asli unik dan hanya terdapat di Sarawak, hanya mempunyai populasi seramai kurang daripada 1,000 orang, menurut statistik Jabatan Perangkaan Negara Malaysia. Terdapat dua buah perkampungan yang masih tinggal diduduki orang Sekapan; Sekapan Panjang dan Sekapan Piit (sebelum itu dipanggil Sekapan Pendek).

Beberapa penduduk etnik Sekapan (2011).
Imej: Rod Waddington.

Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan menggesa semua pihak menumpukan usaha untuk memelihara kebudayaan warisan etnik Sekapan bagi mengelakkan etnik itu pupus ditelan dek arus kemodenan. "Orang Sekapan merupakan salah satu etnik minoriti yang unik di Sarawak, kaya dengan kebudayaan warisan, kesenian dan cara hidup yang mengagumkan," katanya.

Beliau mengalu-alukan usaha yang digerakkan Persatuan Etnik Sekapan Belaga (PBSB) dalam mengadakan Program Kebudayaan Warisan Sekapan yang sedang berlangsung itu sebagai platform strategik untuk menonjolkan keunikan kebudayaan etnik Sekapan. Menurutnya, program seperti itu adalah sangat sesuai bagi memberitahu bahawa etnik Sekapan itu masih lagi wujud dan adanya catatan buku dan rekod serta gambar sebagai bahan rujukan.

Antara khazanah berharga buat etnik Sekapan ialah 'klireng' yang dianggarkan berusia 600 tahun. Klireng merupakan sejenis tiang setinggi 10 meter yang diukir dengan pelbagai motif seperti tumbuhan dan naga. Klireng itu didirikan khas sebagai penanda kubur untuk golongan pembesar dan bangsawan sebelum kedatangan British. Kini ianya tidak lagi digunakan untuk acara ritual seperti dahulu kerana faktor agama dan arus pemodenan.

Kumpulan etnik Sekapan dikategorikan di bawah kumpulan besar etnik Kajang di awal tahun 1980-an, seterusnya termasuk dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 161 A (6) bersama-sama etnik Kejaman, Punan, Tanjong, dan Kenawit


Sumber

edit


Kongsikan berita ini