Wn/ms/Dua buah kereta api bertembung di Lipis, 4 cedera

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dua buah kereta api bertembung di Lipis, 4 cedera

27 Jun 2020 (Sabtu)


Kuantan - Dua buah tren bertembung berhampiran stesen kereta api Chegar Perah di Lipis hari ini. 4 pekerja syarikat penyelenggaraan rel kereta api cedera dalam kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata kemalangan dipercayai berlaku pada jam 9.30 pagi ketika kereta api milik sebuah syarikat swasta dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu sedang melakukan kerja-kerja baik pulih landasan di Kilometer 206.75 laluan itu.

Beliau kerkata, sebuah daripada kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Chegar Perah ke Stesen Padang Tengku di Lipis, manakala sebuah lagi dari arah bertentangan. Beliau menyambung, kesemua mangsa ialah lelaki berumur antara 23 tahun dan 41 tahun. Tiga daripadanya cedera ringan manakala seorang lagi parah di bahagian kaki.

Sumber edit