Wn/ms/Dron DJI berjaya melakukan penghantaran kargo pertama di Gunung Everest

< Wn | ms
Wn > ms > Dron DJI berjaya melakukan penghantaran kargo pertama di Gunung Everest

8 Jun 2024 (Sabtu)

Pengeluar dron dari China, DJI mengumumkan kejayaan dron mereka melakukan penghantaran kargo buat pertama kali di Gunung Everest. Misi itu merupakan hasil kerjasama DJI bersama syarikat perkhidmatan dron Nepal Airlift, syarikat produksi video 8KRAW dan dibantu oleh sherpa Nepal bertauliah Mingma Gyalje Sherpa.

Papan tanda "Way to Everest Base Camp"
Imej: Daniel Oberhaus.

Ujian yang dilakukan pada April menggunakan dron DJI FlyCart 30, di mana dron itu menghantar tiga tong oksigen dan barang keperluan lain yang semuanya dianggarkan memiliki berat sebanyak 15 kilogram dari Kem Pusat Everest (EBC) ke tapak perkhemahan pendaki kedua, Camp 1. Lokasi Camp 1 dianggarkan berada pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari paras laut. Dron itu kemudian pulang kembali ke EBC dengan membawa sampah dari Camp 1.

Menurut Christina Zhang, Pengarah Senior Strategi Pengurusan DJI, misi itu adalah sebagai usaha membantu kerja-kerja pembersihan di Gunung Everest menjadi lebih selamat dan berkesan. "Kami sangat berbangga mengumumkan dron DJI FlyCart 30 kami mampu menyelesaikan tugas itu."

"Keupayaan untuk mengendalikan penghantaran barang, bekalan, dan longgokan sampah dengan selamat menjadi satu potensi yang bakal merevolusikan perkhidmatan logistik pergunungan di Everest, memudahkan usaha pembersihan dan menaik taraf aspek keselamatan kepada semua pihak yang terlibat," tambahnya lagi.

Sebelum memulakan misi itu, para jurutera mengambil kira beberapa faktor seperti persekitaran cuaca yang sangat ekstrem dengan suhu serendah -15 darjah Celcius direkodkan, selain kelajuan angin mencecah sehingga 15 meter per saat. Dron tanpa modifikasi tambahan mengambil masa selama 12 minit bagi penghantaran pergi dan balik dari kedua-dua kem perkhemahan itu.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini