20 Mei 2024 (Isnin)
Dabney Coleman, seorang pelakon komik Amerika Syarikat yang popular menerusi filem komedi klasik 1980-an “9 to 5”, “Tootsie” dan banyak lagi telah meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Coleman menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis lepas di rumah kediamannya di Santa Monica dekat California, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan beliau, Quincy Coleman.
“Semasa hayat ayah saya, beliau merupakan seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu, pemurah hati, dan memiliki jiwa dengan semangat dan keinginan yang berkobar-kobar, serta pandai berjenaka yang mampu membuatkan manusia berasa geli hati”.
Di permulaan kerjayanya, beliau merupakan seorang pelakon pentas sebelum namanya mula meningkat naik dalam industri perfileman selepas beliau melakonkan watak Franklin Hart, Jr. dalam filem “9 to 5”. Selepas itu, beliau banyak berlakon dalam filem-filem yang bergenre komedi. Kali terakhir beliau berlakon menerusi siri drama "Yellowstone" yang memegang watak sebagai John Dutton Sr. pada tahun 2019.
Beliau meninggalkan empat orang anak serta lima orang cucu.
Sumber
edit- (Inggeris) J. Kim Murphy. "Dabney Coleman, ‘9 to 5’ Star and ‘Boardwalk Empire’ Actor, Dies at 92" — Variety, 17 Mei 2024
- (Inggeris) Bill Trott. "Actor Dabney Coleman, villainous boss in '9 to 5,' dies at 92" — Japan Today, 18 Mei 2024
- (Inggeris) "Dabney Coleman, "9 to 5" and "Tootsie" actor, dies at 92" — CBS News, 17 Mei 2024
- (Inggeris) "‘9 To 5’ Star Dabney Coleman Dies At 92" — IMDb, 19 Mei 2024