28 Mei 2024 (Selasa)
Ted Sarandos, Ketua Pengarah Eksekutif Bersama Netflix berkata beliau yakin penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pekerjaan kreatif Hollywood seperti pencipta kandungan, menerusi sesi temubual yang diterbitkan pada Jumaat. Dalam temubual tersebut, Sarandos menjelaskan bahawa kemajuan teknologi boleh mempertingkatkan pelbagai kerja kreatif.
“Saya lebih yakin kepada manusia berbanding itu (AI). Saya betul-betul rasa begitu. Saya tak percaya program AI mampu menggarap skrip lakon layar yang lebih baik berbanding penulis skrip yang hebat, atau menggantikan persembahan yang hebat, atau membuatkan kita tidak dapat mengenalpasti perbezaannya,” kata Sarandos kepada media The New York Times.
Beliau juga berkata, AI merupakan kemajuan teknologi yang biasa berlaku dalam bidang seni kreatif pada masa kini, seperti apa yang berlaku pada masa lalu. “Masih ingat bagaimana semua orang membanteras hiburan rumah? Untuk beberapa dekad, studio tidak mahu melesenkan filem untuk tontonan di televisyen”.
Oleh itu, beliau berharap penulis, pengarah dan penerbit dapat menggunakan AI sebagai alatan mereka bagi menambah baik kerja setiap hari dan melakukan perkara yang lebih efisien serta efektif. Sebagai contoh menurut Sarandos, beliau berharap AI dan mengembangkan lagi sektor kreatif, mencipta kandungan baru yang tidak boleh dibuat manusia.
Isu kecerdasan buatan merupakan isu utama dalam sektor industri kreatif di Hollywood. Tahun lepas, sektor itu mencetuskan mogok yang berterusan selama lima bulan, dengan penulis skrip menyatakan kerisauannya terhadap penggunaan teknologi AI bakal mengambilalih pekerjaan mereka. Para pelakon juga khuatir akan digantikan dengan AI di set penggambaran.
“ | AI tidak akan mengambil alih pekerjaan anda. Mereka yang menggunakan AI dengan baik mungkin akan menggantikan pekerjaan anda. | ” |
— Ted Sarandos, Ketua Pengarah Eksekutif Bersama Netflix, Sesi wawancara bersama NYTimes |
Sumber
edit- (Inggeris) Armando Tinoco. " Netflix’s Ted Sarandos On A.I. Threat To Hollywood: “A.I. Is Not Going To Take Your Job, The Person Who Uses A.I. Well Might” " — Deadline, 27 Mei 2024
- (Inggeris) Sarah Fortinsky. " Netflix CEO says AI won’t replace writers or ‘take your job’ " — The Hill, 27 Mei 2024
- (Inggeris) Jeffrey Gogo. " “AI Won’t Take Your Job,” Says Netflix CEO " — Cryptopolitan, 27 Mei 2024