Wn/ms/Bursa saham Pakistan diserang

< Wn | ms
Wn > ms > Bursa saham Pakistan diserang

29 Jun 2020 (Isnin)


Islamabad - 4 penyerang dikatakan membaling sebiji bom tangan di pintu masuk utama Bursa Saham Karachi (KSE) sebelum melepaskan tembakan rambang.

Menurut polis, keempat-empat mereka terbunuh dan situasi dapat dikawal. Penyerang-penyerang itu dilihat memakai pakaian polis sebelum menyerang. Unit pengesan bom juga dipanggil untuk mencari benda yang mungkin meletup.

2 orang pengawai keselamatan dan seorang polis juga dilaporkan terbunuh.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini