Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup kukuh pada hari pertama bagi bulan Julai

< Wn | ms
Wn > ms > Bursa Malaysia ditutup kukuh pada hari pertama bagi bulan Julai

1 Julai 2020 (Rabu)


Kuala Lumpur - Bursa Malaysia ditutup kukuh petang tadi. Ia dipacu oleh kenaikan saham-saham permodalann kecil dan sederhana syariah.

Pada jam 5:05 petang, indeks utama, FBMKLCI, naik 13.46 mata atau 0.89 % kepada 1,514.43 mata. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 660 kaunter yang untung berbanding 313 kaunter yang rugi. 381 kaunter tidak berubah, manakala 560 kaunter tidak didagangkan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.33 bilion saham bernilai 3.6 bilion ringgit daripada 5.34 bilion saham bernilai 3.74 bilion ringgit yang dicatatkan pada Selasa.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini